JellyPages.com

26 May 2012

Tidak Mudah Tapi Akan Terasa Indah..

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian daripada kasih Ilahi.
Agar ALLAH memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahwa ALLAH sedang menyapa dengan cinta-NYA. 
Agar kita tumbuh besar dan kuat.


Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita mampu membahagiakan orang lain. 
Bukan membahagiakan diri sendiri.


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina.
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagian dari penyucian diri. 
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi.


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bertarung dengannya.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan daripada kejayaan kita.

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh. 
Untuk memulakan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya.


Tidak MUDAH menghilangkan luka kerana kehilangan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari.
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita MASA.


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera.
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur . 

Dan menyedari itu sebahagian daripada cara ALLAH menyayangi hambanya . 
Seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-NYA.

No comments: