JellyPages.com

26 May 2012

Terima Kasih, Allah!

Ya Allah,
Jangan kau coba aku.
Melebihi batas mampu dan sanggupku.
Ya Allah,
Bila memang kau coba.
Aku percaya.
Kau sayang padaku.

InsyaAllah, setiap dugaan yang Allah bagi kat aku tu menunjukkan yang Dia sayang aku.
Tak nak aku leka, tak nak aku lalai.
Sentiasa ingatkan aku.

Aku harap aku kuat untuk hadapi setiap dugaan-Nya.
Sebab Dia takkan bagi dugaan yang tak mampu ditanggung oleh hamba-Nya.
Pasti ada hikmah disebalik semua ni.

Sekuat mana saya setia,
Sehebat mana saya merancang,
Sejauh mana saya menunggu,
Sekeras mana saya bersabar,
Sejujur mana saya menerima,
Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama,
Kita tetap tidak akan bersama.

SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG
Pesan pada DIRI, 
Jangan tersalah beri HATI pada insan yang tak sudi.
Pada insan yang tak mengerti.
KERANA,
Sekali kita dilukai,
Sampai bila-bila kita ingati.
Pesan lagi pada DIRI,
Hati-hatilah dalam memberi HATI,
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI...

Hanya perlukan seminit untuk menafsir seseorang.
Sejam untuk menyukai seseorang.
Sehari untuk mencintai seseorang.
Tetapi memerlukan masa seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Bila kita bersedia menerima kehadiran seseorang itu,
Maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya.

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu.
Bukan kerana kita tidak berhak mendapat perkara tersebut.
Tetapi kerana Allah tahu,
Kita berhak unutk mendapatkan yang lebih baik daripada itu.



No comments: