JellyPages.com

24 July 2013

La Tahzan

Assalamualaikum

Rasanya dah nak dekat dua minggu result UPU keluar kan? Ramai kawan-kawan aku dapat masuk U hebat-hebat. Awesome semuanya! Course dorang, tak payah cakap lah. Terbaik wok! Masing-masing update "Engineer-to-be" laa, tu laa, ini laa, macam-macam. Kalau yang gelaran IR tu takyah cakap. Ramai kot yang buat kat Twitter. Bukan setakat kat Twitter, kalau boleh kat semua account dorang lah! hahaha. Btw, aku doakan yang terbaik untuk korang.

jyeahhh!

Course aku? Aku still belum dapat pencerahan tentang course tu. tapi harap-harap course aku pun okay jugak. InsyaAllah. Sekarang ni aku memang tengah serabut giler nak uruskan semua dokumen dokumen yang berkaitan tu la. And tahu tak, yuran kat UTM bape? Wooohoooo~ RM 2k beb! Yuran budak-budak U laen semua murah jek. Maybe sebab RU kot. Entah lah. Tak tahu lah aku~


Sedih sebab kena bayar yuran mahal sangat. *sobsobsob*

Ohhh, to those yang tak dapat tempat untuk UPU hari tu, Don't be sad, kawan! InsyaAllah akan ada tempat untuk korang. Yang penting jangan lupa, sentiasa berdoa kepada Allah. Mengadu dekat Dia okay. Pasti Dia akan bantu. Mungkin Dia bagi dugaan macam tu sebab Dia rindu doa korang, hamba-Nya. Aku ni pun takde lah baik sangat nak cakap macam ni tapi tak salahkan kita ingatkan satu sama lain? Yang penting jangan Give Up!

Masa tengah slide-slide kat news feed FB tu, terjumpa gambar ni. Sesuai sangat untuk korang. Jangan putus asa okay! :)

Ada satu perkara yang sangat menyedihkan. Aku tahu result UPU ramai orang, yang tak rapat dengan aku pun aku boleh tahu. Bukan aku ni joyah sangat okay! Certain case, dorang tanya, aku jawab and then, aku tanya balik lah. Baru syok. Eratkan hubungan silaturahim.


wahahahaha. (apasal aku letak gambar bintang macam ni ek? takpe. cute ape~ :P)

Okay, sambung. Apa yang membuatkan aku sedih tadi tu kan? Aku tak tahu pun result UPU roomate aku sendiri. Tahap terkilan aku tu Allah je yang tahu. Ramai tanya aku pasal roomate aku punya UPU tu, tapi aku tak tahu nak jawab apa. Eh, bukan aku tak tanya tau. Sumpah, aku tanya! Tapi entah lah. Aku harap dia dapat tempat kat mana-mana U. Dear MS Roomate, kita taknak paksa awak bagitahu kita sebab itu hak awak. Kita harap awak tak sedih or apa-apa je lah perasaan yang tak best tu kan. Jangan lupa kita tau. Lap u! Muahhh~



Okay, thats all. Panjang dah makcik karang entry kali ni~ Jumpa di IPT! *winkwink*

2 comments:

ms amni ♥ said...

atoto gud luck syg :* hee jangan bersedih. dia dapat lah tu memana. saje nak bagi cam suprise kat awk. skali dpt same course n same university. Always think positive although it is hard to do. muehehe comel blog :p

NSSR said...

harap-harap camtu lah kan? same course? tak mungkin. same university? maybe. =,= hehehe. think +ve! jyeah! thanks sayang~ :D