JellyPages.com

09 August 2013

First Day Raya! :)

Assalamualaikum

Tahun ni Aidilfitri datang lagi. Ramadan pulak dah berlalu pergi. InsyaAllah tahun depan kalau dipanjangkan umur, kita jumpa Ramadan lagi okay! So now, I wish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga salah silap diampunkan yaa~ :)

Pejam celik, pejam celik, kita dah sambut hari raya. Harap-harap setiap orang ada baju baru pakai masa pagi raya tuuu~ dapat pahala tau! :) Entry kali ni memang aku taknak banyak cakap sangat. Just nak post gambar First Day Raya Tahun 2013 ni! So, Let's start~


First picture dengan mak yang tersayang~ muahhh sikit kat mak! hakhak. Gambar dengan ayah takde sebab ayah makan masa ktorang tengah posing-posing nii~ tapi takpe, kat gambar ramai-ramai ayah ada! hehehe.


Siapa ni? Ohh, dia Along saya! Along yang otak kadang-kadang mereng~ hahaha :P


Ini Angah saya! Ececeh~ Bajet-bajet jek pic ni. Well, suka hati lah! ;)


This is Ayek. Adek aku yang mulut murai dan mulut langsung takde insuran. kahkahkah. Kalau cakap tu, main lepas jek.


Adek yang bongsu sekali. Nampak tak yang aku begitu rendah di sebelah adek aku tu. Sadissss pulak tengok gambar ni! hmm hmm.


Budak-budak ni menyibuk jek nak bergambar! hahaha. So, apa lagi? Aku snap jek laaa. :D


Here we are! Semua adek beradek aku ada ni haaa! Mak yang snap. I lapp yuhhh makk! :*


Lastly, this is my FAMILY! Tahun ni beraya dekat rumah arwah atok Bahari. Tak lama lagi, tempat bergambar ni dah takde. Sobsobss~ Oh, warna baju mak ayah tak sama dengan ktorang kan? Sebab baju mak ayah tak siap lagi. Kesian mak ayah saya~ sabar jek lahhh! :D

Btw, 8/8 bersamaan hari pertama raya ni sebenarnya birthday kak Fiza. "Someone special" Along punya. hahaha. Selamat Hari Lahir kak Fiza. Cepat-cepat kahwin dengan Along tau! *winkwink* Apa-apa pun, semoga Aidilfitri kali ni membawa seribu satu makna untuk setiap orang okay! InsyaAllah. :)




01 August 2013

Officially 19th Years Old! :)

Assalamualaikum

Allah selamatkan saya~ Allah selamatkan saya~ Allah selamatkan Syaza Syafiqa! Allah selamatkan saya~  hahahaha. Nyanyi untuk diri sendiri pun boleh~ yeayyyy, akhirnya aku dah officially 19 tahun. Actually birthday aku bukan hari ni. Semalam sepatutnya a.k.a 31 Julai. Tapi sebab aku asyik call orang jek, tak sempat nak update blog! weee~ Semoga Allah makbulkan apa yang aku inginkan. Aminnnn~ :D

kek birthday yang mak belikan. :)

Tengok gambar tu je dah tahu yang tu kek coklat kan? Agak-agak aku makan tak? Hahahaha. Sudah semestinya aku tak makan. Aku tak berapa nak suka coklat sangat. Adek beradek aku suka lah. Memandangkan kek tu mak belikan, aku ingat nak makan. Tapi bila aku cari je, kek tu dah habis! Sadisss wooo~ Adek beradek aku dah melantak kek aku!!! :(

Kenapa mak aku yang belikan kek? Bukan ayah aku? hahaha. Sebab ayah tak balik. Ayah tidur dekat rumah JB. Ada buka puasa kat sana. Tapi awal-awal lagi ayah dah wish Happy Birthday kat aku. I Love You lah Ayah!!! And ayah awal-awal lagi dah kasi hadiah. Hadiah apa? Hand bag warna kelabu~ Cantik! ^^

mak and ayah yang tersayang! Ya Allah, janganlah kau tarik nikmat yang aku ada ini! Sesungguhnya, merekalah ibu bapa yang paling aku sayang! aminnn~

Oh, actually ada someone yang cakap kat aku, dia nak jadi orang first wish birthday aku. Who? Adalah! aku tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu. Nampak tak yang aku betul-betul tunggu? hahahaha. Sampai sekarang, takde lagi. Just think positive. Mungkin dia ada test, ada quiz, ada tu, ada ni~ hahaha. Sebenarnya, aku kecik hati jugak! :(

oh, forget about it!

By the way, aku happy sangat sebab semua best friend aku tak lupa birthday aku. Sayang giler dekat dorang semua. Ain, Syud, Amni!! I Love You lah nenek-nenek semua~ muahhh! hahahaha. Aku harap dorang bukan sekadar wish gitu-gitu jek. Hope sangat yang dorang sentiasa ingat aku dalam setiap doa dorang. Kita berkawan sampai syurga tau, sayang-sayang semua! :D

rindu sangat time sekolah dulu. kawan-kawan kat KMJ semua kata aku nampak gangster kat gambar ni. gangster ke? tak nampak ayu? bahahaha.

Dalam-dalam happy ni, actually aku ada nangis jugak masa hari jadi aku. Bila kita pendam satu masalah tu, takde cerita kat sesiapa + lama pulak tu pendam. Well, stress lah jadinya! Sekali aku dah nangis, memang tak berhentilah kan. Sampai bengkak-bengkak mata. But then lepas tu terus okay! Alhamdulillah~ :) oh, tau tak, Kak Fiza wish birthday aku! Siapa Kak Fiza? Dia awek Along. hohoho.

Apa-apa pun, aku berharap hari-hari aku selepas ni lebih baik daripada hari-hari sebelum ni. Lagi satu, aku berharap kehidupan aku dekat UTM nanti dipermudahkan Allah. InsyaAllah. :)





27 July 2013

Demam, but then...?

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Masih lagi bernafas. Sungguh, demam sangat tak best. Selera takde lansung. Even ada KFC depan mata pun, still tak rasa nak makan. Last-last, angah yang habiskan part aku. Hahaha. Thats why kita perlu sentiasa bersyukur dikurniakan badan yang sihat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, ya Allah!


Okay, nak cerita sikit. Tahu APG? Kenal tak? Tak kenal? APG tu Angel Pakai Gucci. Seorang penulis blog islamic. Dia berdakwah dengan cara dia sendiri. Kalau baca penulisan dia, memang first reaction korang would be like this.

Blogpost dia ada lawak, ada serious and macam macam ada!

Sangat teruja baca setiap entry dia. Menginsafkan diri. Sungguh! Membantu aku me'NEUTRAL'kan hati. Alhamdulillah. Semoga APG sentiasa mendapat keredaan daripada Allah. InsyaAllah. :)

Next is, pasal seorang lelaki yang APG ada mention kat entry dia. Who? He is Fatih Seferagic. Siapa tu? Dia ni imam muda Bosnia. Aku ada baca satu info pasal dia. Actually, Fatih ni muda lagi. Umur dia 18 tahun tau but dia dah hafiz. Tabik spring weyh! 

Cubalah korang try search dekat youtube nama dia. Dengar alunan suara dia baca ayat-ayat cinta Allah. Subhanallah, sangat merdu. Yang lelaki tu mesti jealous. Yang gegirl tu pulak, mesti cair! Siyes, tak tipu! Hahahaha. Plus dengan anugerah Allah yang dia ada. Apa anugerah tu? His face. Subhanallah.

Act, ciptaan Allah semua indah & cantik. hehehe. Okay, nak stop dulu. Next time aku nak post lagi. Yeahhh~ InsyaAllah. :)




24 July 2013

La Tahzan

Assalamualaikum

Rasanya dah nak dekat dua minggu result UPU keluar kan? Ramai kawan-kawan aku dapat masuk U hebat-hebat. Awesome semuanya! Course dorang, tak payah cakap lah. Terbaik wok! Masing-masing update "Engineer-to-be" laa, tu laa, ini laa, macam-macam. Kalau yang gelaran IR tu takyah cakap. Ramai kot yang buat kat Twitter. Bukan setakat kat Twitter, kalau boleh kat semua account dorang lah! hahaha. Btw, aku doakan yang terbaik untuk korang.

jyeahhh!

Course aku? Aku still belum dapat pencerahan tentang course tu. tapi harap-harap course aku pun okay jugak. InsyaAllah. Sekarang ni aku memang tengah serabut giler nak uruskan semua dokumen dokumen yang berkaitan tu la. And tahu tak, yuran kat UTM bape? Wooohoooo~ RM 2k beb! Yuran budak-budak U laen semua murah jek. Maybe sebab RU kot. Entah lah. Tak tahu lah aku~


Sedih sebab kena bayar yuran mahal sangat. *sobsobsob*

Ohhh, to those yang tak dapat tempat untuk UPU hari tu, Don't be sad, kawan! InsyaAllah akan ada tempat untuk korang. Yang penting jangan lupa, sentiasa berdoa kepada Allah. Mengadu dekat Dia okay. Pasti Dia akan bantu. Mungkin Dia bagi dugaan macam tu sebab Dia rindu doa korang, hamba-Nya. Aku ni pun takde lah baik sangat nak cakap macam ni tapi tak salahkan kita ingatkan satu sama lain? Yang penting jangan Give Up!

Masa tengah slide-slide kat news feed FB tu, terjumpa gambar ni. Sesuai sangat untuk korang. Jangan putus asa okay! :)

Ada satu perkara yang sangat menyedihkan. Aku tahu result UPU ramai orang, yang tak rapat dengan aku pun aku boleh tahu. Bukan aku ni joyah sangat okay! Certain case, dorang tanya, aku jawab and then, aku tanya balik lah. Baru syok. Eratkan hubungan silaturahim.


wahahahaha. (apasal aku letak gambar bintang macam ni ek? takpe. cute ape~ :P)

Okay, sambung. Apa yang membuatkan aku sedih tadi tu kan? Aku tak tahu pun result UPU roomate aku sendiri. Tahap terkilan aku tu Allah je yang tahu. Ramai tanya aku pasal roomate aku punya UPU tu, tapi aku tak tahu nak jawab apa. Eh, bukan aku tak tanya tau. Sumpah, aku tanya! Tapi entah lah. Aku harap dia dapat tempat kat mana-mana U. Dear MS Roomate, kita taknak paksa awak bagitahu kita sebab itu hak awak. Kita harap awak tak sedih or apa-apa je lah perasaan yang tak best tu kan. Jangan lupa kita tau. Lap u! Muahhh~



Okay, thats all. Panjang dah makcik karang entry kali ni~ Jumpa di IPT! *winkwink*

23 July 2013

Layout Baru!!!!! :D

Assalamualaikum


Nampak tak muka happy kat atas ni? Sebab apa? Sebab dah berjaya update blog. At last! sampai pening pening kepala nak pilih layout apa, lagu apa and so on. Nampak sangat yang aku takde kerja. hehehehe. Bukan apa, just nak decorate blog kasi lawa. Sesaja jek.

Lagu yang aku guna untuk blog ni best kot! Im Trapped, I'm Trapped~~ blaaa blaaa blaaa. Aku pun tak faham lagu tu pasal apa. hahahaha. First time tengok kat Music Bank terus rasa WOW! 

mata aku macam ni lah masa first time tengok dorang perform kat MB. macam nak melekat kat tv tu. hahaha. btw, lawa mata kau budak kecik! hahaha.

Rentak dia enjoy habis. Selain tu, bukan sebab rentak dia ke apa. Sebab penyanyi lagu tu. Ada TAEMIN and KYUHYUN! si Henry tu aku tak heran sangat sebab tak minat dia. wahahahaha. Jahat makcik ni~

Dah lah. Stop dulu k! Babai~ *winkwink*

12 July 2013

And at last! Here it is!

Assalamualaikum.

Okay, straight to the point jelah. Result UPU dah keluar! guess what? Aku dapat U yang aku nak and pilihan yang first sekali. But, honestly aku tak berapa nak suka pulak course tu. Bahahaha. Punyalah tak bersyukur anak Encik Rosli dan Puan Halimah ni.

Actually, course aku takde perkataan ENGINEERING pun. Ex-classmate aku kebanyakannya dapat ENGINEERING gitu! Mestilah macik JEALOUS kau~ tu yang jadi tak berapa nak happy dapat course tu. Kahkahkah, teruk perangai!

Kali ni, buat degree, aku keseorangan. Masa matrik dulu ramai kawan. Sekarang, I'M ALONE! ALONE! Paham tak? Cehh, terEMOSIONAL pulak aku ni. Nampaknya, aku buat degree dengan kawan baru lah kan? Huhuhu.

Apa-apa pun, aku bersyukur sebenarnya. Mana ada "tak bersyukur" tu semua. Pandai-pandai jek! hahaha. Mak dengan Ayah happy dengan result aku. Alhamdulillah.

Now, here it is. Aku siap PRINT SCREEN lagi tau tawaran tu. Part yang paling aku suka, TAHNIAH! Hahaha. Aptb aku ni~ :D


08 July 2013

Respect orang lain okay!

Assalamualaikum

Lama tak buka blog ni. Sekali buka, ramai pulak orang yang melawat blog aku rupanya! Hahaha. Korang ingat aku tak tahu ke? Wekkk. :P Tapi unfortunately, aku tak tahu siapakah gerangan pelawat tersebut. Btw, thanks sebab sudi buka blog yang tak lawa ni. Kuikuikui.

Okay, kita bergerak ke topik utama. Ceh, ayat macam gaya nak pidato gitu. Teringat pulak zaman zaman kat STK dulu. Hehehehe.

Now, focus focus! Just wondering, perlu ke contact aku awal awal pagi? Around 1 a.m and around 2 a.m. Is it necessary? Selalu sangat kot ganggu tidur aku. Kepada yang berkenaan, hormatlah sikit kat orang lain!

Now, stop. Babai~

Assalamualaikum. :)

23 June 2013

As You Wish~~ ^^


Assalamualaikum.

Okay, actually someone ask me to post something about him. HIM. Yes, lelaki. My best friend! Oiii~ Oiii~ Baca tau post aku ni. Siap kau kalau tak baca. Hahaha.

Its true. Aku memang macam jantan bila dengan dia. Well, kitorang kenal pun memang kat tempat jantan-jantan. hahaha. Opss, sory! Lelaki sepatutnya. Bukan jantan.

Aku kenal dia disebabkan PACIFIC. Tempat aku kerja for the first time tu. Macam-macam yang terjadi sepanjang kerja kat situ. Department tu semua lelaki. Aku selalu join Department tu sebab boss kitorang sama. So, no hal lah~ Lama-lama jadi rapat pulak dengan dorang.

Hari, tarikh atau pun masa aku jumpa dia memang aku tak ingat. Aku pun tak sangka kitorang akan jadi best friend. Dia selalu tolong aku bila aku susah. Macam-macamlah yang dia dah tolong. Now, nak stop describe pasal dia. Biar aku direct terus ke ucapan aku for him! ^^

Weyh, baca ni betul betul. hahaha. Sory lah beb, aku tak retilah nak berpuitis-puitis sangat. Ayat aku main langgar je tau! :D 

Firstly, thanks sebab sudi kawan dengan aku even aku ni otak gila-gila, mereng, sewel (kadang-kadang je lah!). Minta maaf sebab aku selalu kasar dengan kau. Macam jantan je kan? hahaha.

Ada something yang aku nak minta maaf. Betul-betul minta maaf. Ingat tak, ada satu hari tu, pagi-pagi buta tu, aku text kau, minta maaf? Ingat tak? Tak ingat sudah~ hohoho. Actually, aku minta maaf sebab aku tak wish birthday kau. Sorry tahap dewa! :D

Okay, papehal pun, kau tetap best friend aku. Belajar elok-elok tau. Jaga diri baik-baik kat negeri orang tu. Ada masa, kita jumpa lagi. Wish me luck okay! Take care~ :) I wish you all the best! Gambateh!

From : NURSYAZA SYAFIQA BINTI ROSLI

08 June 2013

Someday!

Assalamualaikum,

Rasanya dah 1 bulan 8 hari aku habis matrikulasi dan sepanjang waktu ni memang aku tak kerja. Kenapa? Ayah tak bagi. Sebenarnya memang aku dah rancang nak kerja sebelum habis matrik lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Parents yang tersayang tak bagi. Nak tak nak, kena ikutkan je.

Jujur! Sepanjang duduk rumah ni, tak banyak benda yang aku boleh buat. Nasib baik aku ada beli banyak novel. Bolehlah juga buat baca baca. Tapi, now semua aku dah khatam kan. Dah tak ada apa nak baca. So sad and tell you what? Boring sangat sangat. Oleh itu, saya online je lah~ Cehhh, ayat budak nak ambil SPM.

Bila online tu, apa lagi kan? Facebook dulu. Then, baca blog blog yang aku follow tu. Suddenly, bila baca satu blog ni. Si Pulan Binti Si Pulan punya blog. Ya Allah! Cuma Dia je yang tahu betapa sakitnya hati aku. Menangis? Takda lah sampai macam tu. Aku masih waras. Pendam je lah~ 

Yes! It's hurt. Sangat sakit! Kadang-kadang aku keliru juga. Kenapa perlu rasa macam tu? Dah takda pape lagi kan? Semuanya dah lepas. Hampir setahun dah sekarang ni. Kenapa mesti ingat lagi? Kalau tak sebab blog tu, aku tak ingat kat dia lah! Yeke? Yakin? Okay, stop it! Yang dah lepas tu biarkan lepas. Like i've been said before, Past Is Past. :)

Sekarang ni, fokus untuk future! Aku nak bahagiakan mak ayah dulu. Nak belajar betul betul. Dapatkan result yang gempak. Buat mak ayah tersenyum. Cari kerja yang bagus and tunaikan impian aku untuk mak ayah! InsyaAllah, kakak mampu buat mak ayah bangga! Tunggu tau mak ayah! Suatu hari nanti. :)


06 June 2013

Alhamdulillah! ^^


Alhamdulillah
Akhirnya tahu jugak result lepas dah ditunda bape banyak kali
Bersyukur sangat sangat.
Mak ayah happy dengan result tu.
Okay, honestly!
Tak 4flat pun tapi asalkan mak ayah happy,
Then aku pun happy.
^_^

Ramai jugak kawan-kawan yang tanya.
Biasalah tu kan, bila result keluar,
mestilah ramai yang nak tahu.
Bukan apa, sharing is caring. *winkwink*

Tapi aku cuma bagi tahu leha & fatin jek.
hahahaha
Jahat tak aku?
Sebab dorang dah bagitau aku.
So, tanpa segan silu aku pun share lah dengan dorang.
Yang lain tu, tunggu korang bagitau dulu k.
Baru aku bagitau. hahahaha
Sory kawan! *muka bersalah*

Actually, i'm waiting for someone.
Tunggu dia tanya result aku.
Aku nak dia jadi orang first yang tahu lepas family aku.
But sampai sekarang dia tak tanya.
And dah tak jadi orang first yang tahu.
Disappointed much~

Lepas ni kena pikir pasal UPU pulak.
The truth is aku tak tahu nak jadi apa nanti.
Maksud aku, takde cita-cita. hehehe.
Dari dulu sampai sekarang aku tak tahu nak jadi apa.
Oh, how i wish i know my ambition! *muka berangan jap*

Arghhh~ pape pun tunggu Along balik lah.
At least ada guide nak isi form tu.
Takde la sampai melalut lalut aku apply.
huhuhuhu.

Okay, bye!